Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu. (Q.S. 17. Al-Isra’:109
Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.(Q.S: 19. Maryam: 58).
Katakanlah: “Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. (Q.S. 17. Al-Isra’:107)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali ke teteknya – menunjukkan suatu kemustahilan. Tidak akan berkumpullah debu fi-sabilillah itu dengan asap neraka Jahanam.”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih) [Riyadhus Sholihin hadits ke 447]
Dari Abu Umamah, iaitu Shuday bin ‘Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:“Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Ta’ala daripada dua titisan dan dua bekas. Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan fi sabilillah. Adapun dua bekas iaitu bekas luka fi-sabilillah dan bekas dalam mengerjakan kefardhuan dari beberapa kefardhuan Allah Ta’ala – semacam bekas sujud dan lain-lain.” (Diriwayatkan Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan). [Riyadhus Sholihin hadits ke 454]
Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya: “Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang bersembahyang dan dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis.” (Hadis hasan shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dalam asy-Syamail dengan isnad yang shahih)[Riyadhus Sholihin hadits ke 449]
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri – yakni hari kiamat, iaitu imam – kepala atau pemimpin – yang adil. Pemuda yang membesar -sejak kecilnya – dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya tergantung – sangat memerhatikan -kepada masjid-masjid dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” – demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas, juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih) [Riyadhus Sholihin hadits ke 448]
dikutip dari: www.sugengprabowo.com